Isnin, 28 Jun 2010

Jumaat, 18 Jun 2010

Bahan Sumber Ilmu

http://www.darulnuman.com/perisian/index.html

Sejarah Ringkas Quran Rasm Uthmani

SEJARAH AL-QURAN SAMARKAND
Al-Quran, diwahyukan oleh Allah kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, dihafal oleh beliau dan di catat pada pelbagai bahan-bahan seperti kulit kayu atau tulang unta. Selepas kemangkatan Nabi Muhammad S.A.W, khalifah pertama khalifah Abu Bakar (632-34) mencatat tanpa surah dengan bantuan Zayd bin Thabit iaitu setiausaha Nabi Muhammad s.a.w.


Kemudian, khalifah ke-3 (644-56) menulis mengikut surah dan dicantumkan dalam satu buku dengan bantuan 4 orang ulama Al-Quran ( Qurra) terbaik ketika itu. Quran yang muktamad disiapkan di Madinah pada 651 hijrah, dan dikenali sebagai Mushaf Othmani dan diisytiharkan sebagai Al-Quran yang perlu digunakan untuk semua umat Islam. Khalifah Othman dibunuh ketika membaca ayat-ayat suci Al-Quran tersebut dan Al-Quran tersebut masih berlumuran dengan darah beliau.

Menurut kepada ahli sejarah Al-Quran, terdapat 2 cara bagaimana Al-Quran Othmani di bawa dari Madinah dan sampai ke wilayah Uzbekistan:

Cara 1 :-
Saudara kepada khalifah Othman telah membawa quran ke Maverannahr ketika keadaan di Madinahbergelora disebabkan pemberontakan.

Cara 2 :-
Ali bin Abi Talib membawa Quran tersebut ke kufa, dari sana, Amir Temur telah membawanya ke Samarkand semasa sekembalinya dari penakhlukan Iraq.

Dalam 1868 Mushaf Quran Othmani dihantar kepada raja Rusia oleh General Von Kaufman dan di simpan dalam Imperial Public Library di St Petersburg. Selepas revolusi oktober 1917, para muslim kazanistan membawa Mushaf Quran Othmani kembali ke bandarnya semula. Selepas berlaku pertelingkahan antara muslim Kazanistan dan muslim Uzbekistan. Sebagai jalan penyelesaian, manuskript tersebut dikembalikan ke Tashkent pada 1924 dan ia disimpan dalam muzium sejarah sehingga 1989 apabila ia diberi semula kepada kaum muslim di Uzbekistan.

Bacaan AlQuran Imam Makkah

Hafiz Hafizah AlQuran: Dengar Bacaan AlQuran

Dengar Bacaan Surah Yang Anda Suka

Kaedah Menghafaz AlQuran

Klik sekali pasti terbuka hati nurani..InsyaAllah.